Setiap manusia dilahirkan untuk berjaya,tidak kira sama ada berjaya di dunia mahupun di akhirat. Begitu juga diriku, aku mahu mengecapi segala-gala cita-cita dan impian yang aku inginkan sepanjang perjalanan hidupku ini. Tatkala terfikir mengenai rakan-rakanku yang sudah berada di matrikulasi,IPTA dan IPTS terasa bagai aku seorang saja yang keciciran. Tapi tidak bermaksud aku mengalah dalam pertempuran hidup ku ini. Mungkin pra universiti ini adalah jalan yang terbaik buat diriku dan sebab itu aku tidak diberi peluang lain untuk menyambung pengajian ku. Tapi bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Memang tidak dinafikan pra universiti ini amat meluas pengajiannya sehingga membuatkan aku rasa pening kepala dan kadang-kadang rasa nak gila. Tapi tatkala teringat kata-kata perangsang dari ibu dan ayah ku rasa semangat itu datang kembali. Tidak dilupakan kepada rakan-rakanku yang telah berjaya menempatkan diri mereka di matrikulasi dan IPTA mereka juga sumber inspirasi diriku. Malahan lirik lagu ini juga membuatkan aku terus berkobar-kobar untuk menghadapi segala cabaran semasa di pra universiti ini. Lagu ini dicipta oleh HABSAH HASSAN,WAH IDRIS, dan DAVID GATES. Judulnya adalah "STANDING IN THE EYES OF THE WORLD".
Pahit getir hidup... dan pegorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula,tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
( korus )
Kini "Standing in the eyes of the world"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah
matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajah"Standing In the eyes of the world"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...
( ulang korus )
Bait-bait lirik ini cukup memberi inspirasi didalam
kehidupanku. Walaupun kadang-kadang terasa penat dan letih untuk
mengulang kaji pelajaran sehingga larut malam tetapi melalui bahan ransangan seperti lagu ini,kata-kata
semangat ibu dan ayah serta rasa iri hati terhadap rakan-rakan yang berjaya
menempatkan diri mereka di matrikulasi dan IPTA membuatkan diriku
terus bersemangat untuk mengejar cita-citaku. Aku berharap suatu hari
kelak aku akan memegang segulung ijazah dalam pengajaran bahasa inggeris sebagai
bahasa kedua(TESL). Memakai jubah graduasi sudah tentu
kedua orang tua ku merasa bangga. Jadi mulai sekarang aku tidak boleh
berputus asa walau macam mana susah sekalipun aku kena tempuhinya
dengan penuh rasa sabar dan tabah. TETAP SEMANGAT!!!!!!!!!

IMPIANKU
SILA LIKE ;)
No comments:
Post a Comment