PEMERHATI

Wednesday, December 2, 2009

Hatiku Bengkak,Jiwaku Gundah...

Aku tak tahu mengapa sejak akhir-akhir ni jiwa aku sentiasa gundah...
Aku takut sangat untuk menghadapi peperiksaan tahun hadapan...
Kadang-kadang aku rasa aku boleh bawa tapi kadang-kadang aku rasa aku nak mengalah...
Apatah lagi tengok keputusan peperiksaan akhir tahun hari tu...
Keputusan yang cukup membuatkan hati aku bengkak...
Nak kata xberusaha aku berusaha...
Tapi mungkin xcukup lagi...
Mendengar cerita kawan-kawan yang yang berada di matrik mendapat cgpa 4.00...
Membuat perasaan cemburuku meledak bagaikan gunung berapi yang mahu mengeluarkan laharnya...
Aku berharap agar ada kekuatan yang diberikan kepadaku untuk meneruskan perjuangan hidupku...
Perjuangan yang baru bermula...
Sesungguhnya kegagalanku dalam SPM mengajarku banyak tentang erti kehidupan sebenar...
Mengajarku untuk menjadi seorang yang matang...
Tetapi cukup matangkah aku untuk menghadapi cabaran di sekolah yang baru, cikgu-cikgu yang baru,cara pembelajaran yang baru dan kawan-kawan yang baru...
Sedangkan setengah tahun aku berada di SMKTH belum membuatku berasa benar-benar selesa...
Perjuangan tetap perjuangan...
Anis anggaplah halangan-halangan yang kau hadapi sekadar bayang-bayang...
Apabila dicampakkan sebiji batu ianya akan hilang...
Teguhkanlah semangatmu...
Pedulikan apa kata orang...
Pastikan kejayaan ditanganmu...
Orang kata matlamat biar tinggi...
Matlamatku untuk STPM adalah 3.50 - 4.00...
Aku berharap masa akan berlalu dengan lambat Desember ini...
Bagi aku peluang memperbaiki segala kekurangan...
Bagi aku kesempatan memperbaiki kesempitan ilmu diotakku ini...
Bagi aku masa untuk membina "body defence" yang mantap...
Bagi aku jalan untuk menggapai kejayaanku...
Bagi aku kekuatan untuk menghadapi onak ranjau yang berduri...
Bagi aku tahap ketulian yang tinggi untuk mendengar segala cacian,makian dan hinaan...
"Mak,Ayah,Kakak,Guru-Guru,Sahabat,Sanak-saudara,serta Masyarakat diluar sana....
Doakan kejayaanku..."

Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

( korus )
Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba

Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

( ulang korus )

( bridge )
Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa

Menggapai cita-cita

( ulang korus )


SILA LIKE ;)

No comments:

Post a Comment