
Dah lama rasanya aku tak menulis dalam blog kesayanganku ini...
Sampai ada seorang kawanku yang menegur...
"Lama x menulis di blog" katanya...
Rasa rindu aku dekat blogku ini tiada siapa yang tahu...
Tapi masa selalu mencemburui aku pada waktu ini...
Setiap detik ada pengisiannya...
Sehingga aku hampir terlupa akan kewujudan blog ini...
Maafkan aku blog... huhu...
Sepanjang aku tidak menulis atau menjengah ke dalam blog ini...
Banyak pengalaman suka dan duka aku lalui...
Insyaallah kalau ada kesempatan waktu aku akan bercerita satu persatu peristiwa yang aku alami...
Harap rakan-rakan semua masih boleh terima aku di dalam dunia penulisan blog
cikai aku...
Insyaallah, aku akan cuba menulis sebuah ceritera dalam masa sehari...
Sedaya upaya memerah otak yang rasanya dah lama kering daripada idea-idea yang bernas dan ayat-ayat puitis...
Oleh itu, jika terkasar bahasa harap dimaafkan... :)
Ku akhiri celoteh hari ini dengan sebaris ayat daripada seorang fasilitator ku EN. LOKMAN HAKIM a.k.a TUAN BOB...
" KITA PERLU MENJADI SEORANG YANG BERANI, MAKA KITA AKAN MENJADI SEORANG YANG BERJAYA"
Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah kata-kata itu....
SILA LIKE ;)
No comments:
Post a Comment