PEMERHATI

Thursday, June 24, 2010

SANG JUARA YANG KIAN LAYU...

Aku tidak mengetahui kenapa aku pilih tajuk ini bagi entri ku yang kali ini...
Mungkin aku cuba meluahkan apa yang tersirat di dalam minda dan jiwa ku yang semakin lama semakin goyah...
Memang benar sukar bagi seorang manusia seperti aku ini mengaku kalah dalam perjuangannya...
Tapi aku tak mengerti kemana semangat itu pergi, kenapa dia berlari meninggalkan
diriku ini...

Aku sangat kecewa dengan keputusan peperiksaan pertengahan tahun...
Aku tak tahu cara yang perlu aku gunakan untuk memberitahu ibu mengenai keputusanku itu...
Rasa berat hati ini untuk berbicara...
kelu lidahku ini untuk berkata-kata...
Aku bosan untuk terus melukakan hati ibuku...
Ibu maafkan adik...
Adik bukan yang terbaik untuk kali ini...

Perasaan takut, gentar, dan bermacam-macam lagi kini menyelubungi diriku...
Aku mahu jadi yang terbaik...
Aku mahu jadi yang terhebat...
Tapi....

Inilah yang aku maksudkan dengan SANG JUARA YANG KIAN LAYU

SILA LIKE ;)

No comments:

Post a Comment